Kelas Multimedia Susun Gambar

21 Jun 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Jun 2020, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas multimedia asas bersama-sama pelajar sekolah yang menetap di sekitar flat Taman Sri Wangi. Kelas bermula pada jam 2:00 petang yang diadakan diatas permintaan peserta sendiri. Peserta telah diberikan tugasan bersama-sama untuk menyelesaikan suatu permasalahan iaitu menyusun semula gambar yang telah dipotong-potong kepada bahagian-bahagian yang diselerakkan untuk dicantum semula. Kelas berlansung dengan lancar. Selain itu, kelas ini diadakan bagi memberi peserta ruang untuk melakukan aktiviti menarik sambil belajar serta menambahbaik kemahiran komunikasi dalam kumpulan terutama tugasan yang melibatkan mereka untuk berinteraksi dengan lebih baik. Akhir sekali, kelas tamat pada jam 4:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali